Asal Usul Suku Bangsa Melayu Sarawak

misterpangalayo.com - Sarawak adalah sebuah negeri yang berada di barat laut Pulau Borneo, secara administratif masuk dalam wilayah Malaysia bagian timur, yang berbatasan darat dengan negara Indonesia dan Brunei Darussalam. Kota Kuching menjadi pusat perekonomian terbesar dan sekaligus menjadi ibukota negara bagian Sarawak.

Keberagaman suku di Sarawak menjadikannya kaya akan seni dan budaya, salah satunya adalah Melayu Sarawak. Suku Melayu Sarawak adalah suku bangsa yang menempati wilayah negara bagian Sarawak, menggunakan bahasa Melayu dan beradat Melayu. Kebudayaan Melayu Sarawak berawal sejak berdirinya Kesultanan Sarawak, seperti Kesultanan Islam lainnya di Borneo yang termasuk golongan Melayu.

Melayu Sarawak || Sumber Gambar: instagram/manggees
Secara linguistik, suku Melayu Sarawak termasuk dalam rumpun Dayak Melayik yang dituturkan oleh Dayak Meratus/Bukit (Indonesia), Dayak Iban (dan Saq Senganan), Dayak Kendayan (Kanayatn). Beberapa suku asal Borneo beradat Melayu yang terkait dengan rumpun ini sebagai suku-suku yang berdiri sendiri yaitu Suku Banjar, Suku Kutai, Suku Berau, Suku Sambas, dan Suku Kedayan.

Berdasarkan pola migrasi masa lampau, Melayu Sarawak masuk dalam kategori Proto Malay (aboriginal Malay), sama halnya dengan suku Sambas dan suku asli Borneo lainnya, seperti : Iban, Bidayuh, Kendayan, Banjar. Penamaan Melayu Sarawak muncul pada dinasti Kesultanan Sarawak, sementara itu wilayah dalam Sarawak utamanya didominasi suku-suku yang terdiri dari suku Iban, Kayan dan Kenyah, yang agresif dalam ekspansi teritorial mereka.


Suku Melayu Sarawak pada dasarnya terbagi ke dalam beberapa golongan :

1. Berasal dari tanah Brunei

Melayu yang mendiami kawasan-kawasan yang berdekatan dengan Brunei seperti di Miri adalah berasal dari keturunan Melayu Brunei. Keturunan golongan ini memakai gelaran Abang (bagi lelaki) dan Dayang (bagi perempuan) yang juga berfungsi sebagai nama keluarga (surname). Dan diperkuat oleh keturunan dari raja Kesultanan Sarawak.

2. Berasal dari Sumatera dan Tanah Melayu.

Suku bangsa Melayu di Sarawak mendiami kawasan persisiran pantai. Mereka dipercayai berasal dari Sumatera dan Semenanjung Melayu. Mereka mula datang ke Sarawak sejak abad ke-15 Masehi. Penempatan awal mereka adalah di Lidah Tanah yaitu kawasan di sekitar Sungai Sarawak (kini terletak di Bahagian Kuching).

Pada masa itu, suku ini diketuai oleh seorang Putera Raja bernama Datuk Merpati Jepang. Orang Melayu beragama Islam dan menjalankan aktiviti ekonomi menangkap ikan di laut, bertani dan berniaga. Setelah mereka dijajah oleh Kesultanan Brunei pada abad ke-16 M, keturunan Datuk Merpati Jepang terus dilantik sebagai pentadbir di daerah ini dengan memakai gelaran Datuk. Akhirnya lahirlah jawatan-jawatan pentadbir seperti Datuk Patinggi (sebagai ketua menteri), Datuk Temenggung (menjaga keamanan dan keselamatan) dan Datuk Bandar (mengendalikan hal-hal perdagangan).

3. Suku Pribumi

Sebelum Islam datang ke tanah Sarawak, suku bangsa Dayak masih mengadopsi agama leluhurnya. Namun ada sebagian besar mengalami proses Islamisasi (masuk Melayu), hal - hal adat yang bertolak belakang dengan ajaran akan ditinggalkan. Mereka (suku bangsa Dayak) yang masuk Islam menyebut dirinya dengan Melayu Sarawak.

Persentase jumlah pendatang dari Sumatera, Tanah Melayu, Brunei sangat sedikit berbanding dengan persentase penduduk pribumi Sarawak yang pada awalnya didiami oleh suku bangsa Dayak (Iban). Sekarang antara keduanya sudah tidak lagi bisa dibedakan mana yang asli dan mana yang bukan. Kewujudan golongan ini juga telah menyebabkan terciptanya bahasa Melayu loghat Sarawak. Seperti bahasa Melayu loghat Kelantan, bahasa Melayu loghat Sarawak agak sukar untuk difahami oleh penutur-penutur loghat Melayu yang lain kerana loghat tersebut banyak menyerap perkataan dan istilah dari bahasa Dayak khususnya Iban.

Bahasa Sarawak (Melayu Sarawak) sangat berbeda jauh dengan bahasa melayu di Sumatera dan Tanah Melayu. Bahasa ini lebih banyak mempunyai persamaan kosakata dengan bahasa Sambas, Iban, dan suku Borneo lainnya. Bahasa Melayu Sarawak termasuk dalam rumpun bahasa Austronesia dan menjadi bahasa ibu Suku Melayu Sarawak.

Bahasa Sambas
Bahasa Melayu Sarawak
Bahasa Melayu Baku
Aku / Kamek
Kamek
Saya
Kau / Direk / Kitak
Kitak
Kamu
Die / Nye
Nya
Dia
Aok / Auk
Aok/Auk
Iya
Ndak / Da’an
Sik
Tidak/Tak
Sik an / Disik
Sik Ada
Tidak Ada
Ngape
Kenak
Kenapa
Sitok
Sitok
Sini
Sinun
Sinun
Sana
Sie
Sia
Sine
Mane
Ne
Mana
Madah / Padah
Madah
Mengadu / Beritahu
Ngomong
Kelakar
Berbicara / berbincang
Biak ye
Sidaknya
Mereka
Urrang
Sidak
Orang
Punye
Empun
Punya
Kin itok
Kinektok
Sekarang
Dudi
Dudi
Kemudian
Ye
Ya
Itu
Simari / Simare’
Ari Marek
Kemarin
Ari Ye
Ari Ya
Hari Itu
Biak
Mbiak/Biak/Miak
Anak

2 komentar:

  1. Maaf maklumat tentang Melayu Sarawak tidak begitu tepat.
    Melayu Sarawak pribumi bukan Dari Suki dayak malayek..
    Kami melayu Sarawak adalah Ras melayu yg bernama Malaot.
    Kami jati melayu Dan Kami tidak mengadaptasi Bahasa IBAN sbg Bahasa kami.kami Ada Bahasa melayu Kami sendiri.Kami juga tidak mengadaptasi Bahasa Dari Kelantan atau Dari daerah mana. Melayu Sarawak terdiri Dari Ras MALAOT,Ras bugis,Ras melanau Dan Ras kadayan. Begitu juga dgn melanau Dan kedayan ITU bukan suku dayak tetapi Ras melayu.
    Maklumat yg mengatakan melayu Sarawak adalah suku dayak masuk melayu ITU keterlaluan sgt. Kami Bangsa melayu Sarawak ras Malaot adalah Bangsa melayu mejoriti Di swk. Kami Masih mengekalkan Bahasa melayu kuno,Sanskrit Dan kelasik Hingga kini.sbb ITU dialek melayu Di daerah daerah ITU berbeda tapi maksudnya tetap Sama. Tiada ujud suku suku melayu yg berbeza berdasarkan daerah atau Bahasa Di sarawak.maklumat spt itu hanya andaian semata Mata.
    Dari segi Bahasa,budaya Dan kesenian melayu swk tidak mengadaptasi Dari kaum IBAN tetapi kaum IBAN yg byk mengadaptasi Dari Bangsa Malaot/melayu sarawak.itu hakikatnya contoh,
    Orang Malaot memangil seluar ITU 'cut'
    Tapi orang IBAN memangil seluar ITU Tan cut. Sedangkan DLM Bahasa Malaot/Laot TANCUT ITU adalah Kain seluar(Kain sampling/sabok) DLM Bahasa Malaot TAN ITU Kain dan CUT ITU seluar.sugu/sugu' dalam Bahasa Malaot/melayu swk Bermaksud tengah kepala Dan hiasan tengah kepala Bangsa Malaot disebut 'sisip Sugu'. Iban mengelar hiasan kepala Sebagai sugu' juga.
    Buat kajian biar adil Dan buat secara lapangan, bukan dgn menokok tambah idea Dan andai andaian pengkaji.Penulisan bagi sesuatu kaum biar berhemah Dan dgn fakta logik serta reliven.Jangan begitu meremehkan asal usul Kami melayu Sarawak.Kami Ras melayu bkn suku dayak masuk melayu.

    BalasHapus
  2. Hai admin.

    Saya ingin mengutarakan pendapat.
    Maaf, kami melayu sarawak sama sekali tidak menerima anggapan bahawa kami berasal dari dayak iban. Ya, andaian semata itu agak keterlaluan. Kami mempunyai bahasa dan budaya malah pakaian/busana serta makanan kami sendiri.

    Kami mempunyai identiti tersendiri. Kami tidak mengadaptasi mana-mana bahasa dari bangsa dayak iban. Bahasa kami malah jauh berbeza dengan bahasa dayak, sebaliknya banyak persamaan dgn dialek melayu sambas dan melayu brunei. Jika anggapan kami melayu sarawak dari bangsa dayak, sudah tentu kami tidak akan melupakan adat, budaya, pakaian tradisional dan meninggalkan rumah panjang kami, selagi tidak melanggar syariat Islam.

    Melayu sarawak tidak mengamalkan tarian ngajat di hari raya aidilfitri. Kami melayu sarawak merupakan peribumi asal di Sarawak. Kami ada identiti kami sendiri. Tidak boleh sebarang mengclaim bangsa. Ingin saya tegaskan bahawa, kenyataan melayu sarawak berasal dari bangsa dayak HANYALAH ANDAIAN YANG TIDAK BERSANDARKAN FAKTA. Terima kasih admin.

    BalasHapus

Jika ada yang ingin ditanyakan, silakan kontak saya
+Email : raditmananta@gmail.com
+Twitter : @raditmananta

Tata Tertib Berkomentar di blog misterpangalayo:

1. Gunakan Gaya Tulisan yang Biasa-biasa Saja
2. Tidak Melakukan Komentar yang Sama Disetiap Postingan
3. Berkomentar Mengandung Unsur Sara Tidak di Anjurkan

Diberdayakan oleh Blogger.